SELAMAT BERKUJUNG KE LAMAN WEB PIBG SK TAMAN PELANGI INDAH

Monday, July 13, 2009

UPPM 3

Untuk makluman para ibu bapa, UPPM 3 akan dijalankan mulai 14 -16 Julai 2009. Diharapkan semua murid Tahun 6 dapat menjawab soalan dengan jayanya. Bersama-samalah kita semua mendoakan kejayaan murid Tahun 6 dalam UPPM 3 dengan keputusan yang lebih cemerlang.

Thursday, July 9, 2009

Visi & Misi PIBG SK Taman Pelangi Indah

Pihak PIBG amat mengalu-alukan kepada mana-mana individu atau pihak terutama kepada para ibu bapa/penjaga murid-murid SK Taman Pelangi Indah untuk memberi sumbangan bagi menulis pernyataan Visi & Misi PIBG. Penyertaan dan sumbangan daripada tuan/puan amat dihargai.

Tuan/Puan boleh menghantar sumbangan pernyataan Visi & Misi kepada mana-mana AJK PIBG samada melalui emel ataupun terus 'posting' ke dalam blog PIBG ini.

Saturday, July 4, 2009

PENCAPAIAN & KEJAYAAN PIBG SEPANJANG 2009

  • Menyediakan petak-petak khas untuk bas sekolah@van sekolah
  • Menyediakan laluan pejalan kaki (Zebra Crossing) merentasi Jalan Cantik 1 di hadapan pintu masuk murid.
  • Memberi sumbangan kismis untuk murid-murid Tahun 6.
  • Mendapatkan penaja-penaja bagi Kem Kecemerlangan Motivasi UPSR & Solat Hajat.
  • Memberi sumbangan dalam Program Explorasi Minda anjuran Panita Bahasa Melayu dan Pemulihan.
  • Memberi sumbangan dalam Pertandingan Kereta Kawalan Jauh anjuran Panitia Kemahiran Hidup

PENGUMUMAN UNTUK AJK PIBG

Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-3 diadakan pada 14hb Ogos 2009 jam 8 malam. Diharapkan semua AJK dapat menghadirkan diri. Sekian, harap maklum.

Friday, July 3, 2009

NOTIS & MAKLUMAN PENTING

Sebagaimana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung PIBG yang lalu maka bayaran sumbangan PIBG adalah RM22 sekeluarga. Sumbangan ini akan digunakan bagi membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum supaya lebih berkesan demi kebaikan murid-murid. Bagi ibu bapa yang belum lagi membuat pembayaran, pihak PIBG memohon agar tuan/puan dapat menjelaskannya dengan kadar segera kerana tempoh pembayaran akan berakhir pada 31hb Julai 2009. Sekian harap maklum.

Wednesday, July 1, 2009

Penghargaan - Senarai Penyumbang-penyumbang

Semua warga kerja PIBG & SK Taman Pelangi Indah merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kem Motivasi Kecemerlangan UPSR 2009 & Solat Hajat terutama kepada para penyumbang.

1) Grace Theme Sdn Bhd
2) Kejuruteraan Wijaya Sdn Bhd
3) Efficient Technology Sdn Bhd
4) Interglen Sdn Bhd
5) Aker Engineering (M) Sdn Bhd
6) Agensi Pengangkutan Aiman
7) Nomad Engineering Sdn Bhd
8) Crest Exotic Sdn. Bhd
9) Kenangan MMC Sdn Bhd
10)Mohalim Enterprise
11)Pn.Premalata a/p Kaliapan
12)Pn.Zairin bt Mohamed
13)Pn.Mariayati bt Md Zam
14)Pn.Norliza bt Hashim
15)Pn.Rofizah bt Sidy Mohd
16)En.Zoulkifli b Hamzah
17)En.Anor b Hussein
18)En.Othman b. Mohd Din
19)Tn.Hj.Zainuddin b. Hj.Mohd Alie
20)En.Khairi b. Tohiran
21)En.Mohd. gadaffi b. Md. Karim
22)Cik Tasneem bt Muhamad

"Daun selasih si daun keladi, Terima kasih sekalung budi"

Tentatif Program PIBG sepanjang 2009

Mac
29hb : Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung

Mei
18hb : Sambutan Hari Guru
25hb : Kem Kepimpinan Pengawas
27hb : Program Ceramah dan Pameran Kesihatan

JUN
20hb : Hari Terbuka
27hb : Kem Kecemerlangan Motivasi & Solat Hajat UPSR
30hb : Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-2

JULAI
6hb-10hb : Program Mathematics Week
11hb : Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform

OGOS
3hb-7hb : Program Minggu Bahasa Melayu dan Pemulihan
3hb-8hb : Program Kemahiran Hidup
14hb : Ceramah Motivasi Murid-murid Tahap 2 & UPSR
14hb : Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-3 (PENTING: Pindaan Tarikh Terkini)

SEPTEMBER
10hb: Majlis Berbuka Puasa & Solat Terawih di Surau SK Tmn Pelangi Indah
: Sumbangan Derma Untuk Anak-anak Yatim