SELAMAT BERKUJUNG KE LAMAN WEB PIBG SK TAMAN PELANGI INDAH

Thursday, July 14, 2011

Peperiksaan UPPM3 untuk Pelajar UPSR.

Untuk makluman semua IbuBapa bahawa Peperiksaan UPPM3 untuk Pelajar UPSR akan diadakan pada 26hb hingga 28hb Julai 2011. Diharap semua pelajar yang terlibat dapat membuat persediaan yang secukupnya dan semoga berjaya dalam Peperiksaan tersebut. Sekian Terima Kasih.

Wednesday, July 13, 2011

Solat Hajat Perdana untuk Pelajar UPSR 2011

Assalammualaikum.
Untuk makluman semua Tuan-Tuan dan Puan-Puan dijemput bersama Anak yang menghadapi Peperiksaan UPSR 2011 untuk hadir di Surau Al-Akhyar, Taman Pelangi Indah pada 14hb Julai 2011.

Aturcara Majlis:
1- Solat Maghrib Berjemaah.
2- Majlis Membaca Yassin.
3- Solat Isyak Berjemaah.
4- Solat Hajat.
5- Majlis meminum Air Yassin untuk pelajar UPSR.
6- Jamuan.
7- Bersurai.

Diharap semua Ibu Bapa bersama pelajar UPSR dapat hadir untuk menjayakan program ini. Sekian Terima Kasih.

Monday, July 4, 2011

Sukan Tahunan Sekolah TPI

Untuk makluman semua bahawa Sukan Tahunan Sekolah TPI akan dilaksanakan pada 21hb Julai 2011. Diharap semua dapat hadir beramai-ramai untuk menjayakan program ini. Sekian Terima Kasih.

Mesyuarat PIBG 2011 kali ke-2

Mesyuarat AJK PIBG 2011 Kali Ke-2 telah diadakan pada 02hb Julai 2011 jam 11 pagi. Terima Kasih kepada semua AJK yang dapat menghadirkan diri. Sekian.

Program SKTPI yang ditaja oleh PIBG

  1. Sumbangan menaik taraf Bilik Operasi Pentaksiran Cemerlang (BOP).
  2. Sumbangan Hari Guru Peringkat Daerah Pasir Gudang 2011.
  3. Sumbangan Television 29" untuk Bilik Self Acess Centre (SAC) oleh YDP PIBG.
  4. Sumbangan Kem Inpirasi Cemerlang
  5. Sumbangan Perkhemahan Unit Beruniform.
  6. Sumbangan membaiki lampu untuk seluruh bangunan Sekolah.
  7. Sumbangan penghawa dingin untuk Bilik Kaunseling oleh NYDP PIBG.
  8. Sumbangan Television 29" dan Pemain DVD untuk Bilik Kaunseling dan SAC oleh En. Sabri, AJK PIBG.
  9. Sumbangan tunai RM1000.00 setiap seorang untuk Bilik Peperiksaan oleh Pn. Zanariah, AJK PIBG dan Pn. Vasugi.